Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 [Akta 748] telah berkuat kuasa pada 15 Julai 2012 melalui P.U.(B) 219/2012. Akta 748 digubal untuk menjadikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (“MIROS”) sebagai sebuah pertubuhan perbadanan (“body corporate”). MIROS ditubuhkan bertujuan membantu Kerajaan merangka dasar dan program keselamatan jalan raya dan menangani isu keselamatan jalan raya berasaskan hasil kajian dan penyelidikan saintifik selain meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam bidang penyelidikan keselamatan jalan.