1. Bagaimanakah penguatkuasaan akan dijalankan terhadap pematuhan standard UN R44 atau UN R129?
Penguatkuasaan standard hanya akan dijalankan keatas pengimportan, pengeluaran dan pengedaran kerusi keselamatan kanak-kanak tetapi tidak kepada penggunaan. Ibu bapa boleh terus menggunakan CRS yang sedia ada dan sedang digunakan.
2. Bagaimanakah perlaksanaan kod QR oleh MIROS akan dijalankan?
Fungsi kod QR adalah sebagai rujukan tambahan kepada label UN R44 atau R129 yang bertujuan untuk merekodkan maklumat CRS di pasaran. Selain daripada itu ia juga bertindak sebagai panduan kepada pengguna untuk memastikan label UNR adalah sah. Produk CRS yang sedang digunakan oleh pengguna tidak perlu untuk mendapatkan kod QR.
Pengedar atau pengilang boleh mendapatkan kod QR bagi setiap model CRS yang sedia ada di pasaran ataupun CRS baharu di import secara sukarela sehingga 30 Disember 2020. Bermula 1 Januari 2021, kesemua CRS di pasaran wajib mempunyai label kod QR.
3. Lain-lain standard pematuhan produk CRS
Untuk pasaran Malaysia hanya standard UN R44 atau UN R129 dibenarkan selepas pengutkuasaan undang-undang bermula Januari 2020. Bagi pengguna yang telah menggunakan CRS lain-lain standard, boleh meneruskan penggunaannya.
4. Penggunaan CRS untuk kereta yang tidak mempunyai tali pinggang keledar 3 poin
Bermula 2011, kereta kelulusan baru telah diwajibkan memasang tali pinggang keledar 3 poin. Seterusnya, pada 2015, kereta kelulusan baru wajib memasang system ISOFIX dan “top tether”.
Mengambilkira kenderaan keluaran sebelum itu yang tidak mempunyai tali pinggang keledar 3 poin dikecualikan daripada menggunakan CRS.
5. Bagaimanakah sekiranya mempunyai keluarga ramai?
Kenderaan direka bentuk untuk membawa penumpang mengikut jumlah tempat duduknya. Untuk yang mempunyai keluarga yang besar disarankan untuk merancang perjalanan dan faktor keselamatan perlu diberi keutamaan tak kira untuk penumpang dewasa atau kanak-kanak. Semua penumpang hendaklah dilindungi semasa perjalanan menggunakan tali pinggang keledar bagi dewasa dan kerusi keselamatan bagi kanak-kanak.
6. Apakah faktor atau had yang ditetapkan dalam penggunaan CRS?
Ketinggian adalah faktor pertama bagi perlaksanaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Had yang di tetapkan adalah 135 cm. Sebagai contoh tinggi kanak-kanak adalah 137 cm dan beratnya adalah 30 kg. Maka kanak-kanak ini tidak perlu lagi menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak. Selepas ketinggian barulah berat diambil kira. Had berat adalah 36kg. Ini hanya terpakai untuk kanak-kanak.
7. Adakah MIROS menyediakan senarai CRS yang telah mematuhi standard UN R44 dan UN R129 ?
MIROS didalam proses mengumpulkan maklumat tentang CRS yang mematuhi Peraturan melalui pendaftran kod QR. Seterusnya akan dimuatnaik ke laman web MIROS.
8. Apakah itu CTA
Proses Kelulusan Jenis Komponen (Component Type Approval, CTA) yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
9. Cara permohonan Surat CTA
Surat CTA adalah surat Kelulusan Jenis Koponen yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Permohonan CTA perlu di buat di JPJ, Bahagian Kejuruteraan Automotif, Tingkat 4, Presint 4, Putrajaya.
Senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan CTA adalah:
- Borang permohonan (https://www.jpj.gov.my/web/main-site/kejuruteraan-automotif/-/knowledge_base/cta/borang-permohonan-kelulusan-jenis-komponen-component-type-approval-)
- Salinan daftar syarikat (SSM)
- Salinan sijil UNR 44/R129
- Salinan laporan ujian
- Invois/resit pembelian (bagi CRS import baharu)
- Gambar CRS
- Sampel CRS
10. Proses mendapatkan kod QR.
Pemohon perlu menghantar dokumen yang diperlukan melalui email kepada crs@miros.gov.my. Kod QR dalam format fail PNG/JPG akan di emailkan kepada pemohon dalam masa 7 hari.
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Label QR:
- Borang permohonan https://miros.gov.my/xs/page.php?s=crs-application
- Salinan surat CTA yang dikeluarkan oleh JPJ
11. Ketahanan atau tarikh luput CRS sepesifikasi UNR
Tarikh luput CRS bergantung kepada cadangan Jenama dan boleh dirujuk kepada buku manual penggunaan. Jika tidak dinyatakan dalam buku manual penggunaan, pengguna boleh merujuk kepada pemilik jenama. Tarikh luput CRS bukan keperluan di bawah piawaian UNR. Walau bagaimanapun, disebabkan kualiti plastik dan peratusan plastik kitar semula yang digunakan, dan juga pendedahan kepada sinar ultraviolet dan keadaan penggunaan, adalah disyorkan untuk menggunakan CRS sekitar 6 hingga 8 tahun dari tarikh pembuatan.