Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
  

TRACK SCORE

PROGRAM PENARAFAN SISTEM PENJEJAKAN (TRACKSCORE)

TRACKSCORE ialah program penarafan bintang yang dibangunkan oleh MIROS untuk menilai pembekal sistem penjejakan kenderaan perdagangan. Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong inisiatif pihak berkepentingan, penyedia telematik dan pengendali kenderaan perdagangan dalam memilih sistem yang memenuhi keperluan spesifikasi minima. Program ini direkabentuk untuk meningkatkan inisiatif keselamatan jalan raya, menyokong pengurusan kenderaan, pemandu dan perjalanan yang lebih cekap melalui penggunaan teknologi penjejakan yang boleh dipercayai.

Dalam pelaksanaan awalnya (Fasa 1), TRACKSCORE menilai spesifikasi sistem penjejakan melalui dua kategori yang telah ditetapkan: ciri asas dan ciri tambahan. Sebanyak 24 ciri asas dan 9 ciri tambahan dinilai, dengan penarafan akhir antara 1 bintang hingga 5 bintang berdasarkan keupayaan alat dan sistem.

Pembangunan TRACKSCORE melibatkan kerjasama dengan lebih daripada 20 pihak berkepentingan, termasuk penyedia sistem penjejakan, agensi kawalselia dan pengendali kenderaan perdagangan, untuk mewujudkan satu set piawaian kriteria penilaian yang mentakrifkan keperluan minima sistem penjejakan yang terbaik di Malaysia.

Berikut adalah objektif program TRACKSCORE:

  • Untuk menggalakkan penggunaan sistem penjejakan berkualiti tinggi untuk kenderaan perdagangan di Malaysia.
  • Untuk meningkatkan inisiatif keselamatan jalan raya dan menyokong pengurangan kemalangan melalui pemantauan kenderaan yang berkesan.
  • Pdf PNG Transparent Images Free ...Untuk memberikan maklumat kepada pengguna dan pengawal selia untuk memilih sistem penjejakan yang memenuhi kepentingan keperluan keselamatan dan operasi.

 

KEPUTUSAN

 

HUBUNGI KAMI

 

Untuk pendaftaran sila ikuti pautan Borang Permohonan TRACKSCORE

 

Untuk maklumat lanjut tentang panduan penilaian dan permohonan, sila rujuk pautan berikut: Panduan Penilaian dan Aplikasi TrackScore

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai TrackScore, sila hubungi urusetia:

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Lot 125-135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,

43000 Kajang, Selangor

Tel : 603-89249200

Email : cvu@miros.gov.my / cvu.vsb@gmail.co

 
Cari:  
No
Keterangan
Jenis
Tahun
Saiz
Tindakan
1
TrackScore_Features & Scoring_V1.1_May2025.pdf
Tarikh Dimuatnaik: 10 Jul 2025
Saiz: 480.15 KB
2025
480.15 KB
Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # #
#