Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
  INFO

SEJARAH

Institut  Penyelidikan  Keselamatan  Jalan  Raya  Malaysia  (MIROS) telah ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang berperanan sebagai sebuah pusat sehenti penjanaan, penghasilan dan penyebaran ilmu serta maklumat keselamatan jalan raya. Hasil kajian yang diperolehi daripada penyelidikan dan program-program intervensi berdasarkan bukti sebagai asas bagi membangunkan strategi, undang-undang, dasar dan langkah-langkah penguatkuasaan baharu terhadap keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaan. Terlibat secara langsung di dalam penyelidikan, MIROS bekerjasama dengan agensi- agensi kerajaan dan badan-badan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.
 
Pada tahun 2014, Menteri Pengangkutan ASEAN telah melantik MIROS sebagai Pusat Keselamatan Jalan Raya ASEAN. Pusat ini bertujuan untuk menyumbang dan mempromosikan pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan negara ASEAN, ini termasuklah undang-undang jalan raya, pengurusan data, pembangunan piawaian,  pendidikan  dan  kesedaran  keselamatan jalan raya.

Fungsi

 
  1. untuk  menjalankan  penyelidikan  yang  menyeluruh ke  atas  keselamatan  jalan  raya,  dan  memberikan  hala tuju umum untuk aktiviti berkenaan dengan penyelidikan keselamatan jalan raya;
  2. untuk membantu dalam pembangunan objektif, dasar dan keutamaan nasional bagi pembangunan dan pentadbiran keselamatan jalan raya yang teratur;
  3. menambah baik dan meningkatkan pengetahuan berasaskan kepada perkembangan terkini berkaitan dengan isu berhubung dengan keselamatan jalan raya;
  4. untuk meningkatkan tahap kesedaran awam terhadap keselamatan jalan raya;
  5. untuk mencadangkan penyelesaian yang praktikal dengan keberkesanan optimum terhadap isu keselamatan jalan raya;
  6. untuk mengumpul, menganalisis dan menguruskan data berhubung dengan keselamatan jalan raya;
  7. untuk membangunkan, mempromosikan penggunaan, menambahkan nilai dan mengkomersialkan dapatan penyelidikan mengenai keselamatan jalan raya;
  8. untuk mengumpul, mengumpul semak dan menyebarkan maklumat berhubung dengan dapatan penyelidikan mengenai keselamatan jalan raya dengan cara menerbitkan atau  menaja  penerbitan  terbitan  berkala,  jurnal,  buku dan apa-apa cara lain yang ada, dan untuk menyediakan khidmat perundingan dan nasihat mengenai isu keselamatan jalan raya;
  9. untuk  merancang  dan  menilai  program  keselamatan jalan raya, dan untuk menjalankan latihan berhubung dengannya;
  10. untuk mengkaji semula piawaian dan hasil pembelajaran kurikulum bagi kursus memandu yang disediakan oleh institusi memandu dan mengaudit tanda aras berkenaan dengan sistem penyampaian institusi memandu;
  11. untuk mengkaji semula kaedah ujian yang dijalankan oleh organisasi pemeriksaan kenderaan;
  12. untuk menjadi anggota, bergabungan dengan atau menjalin hubungan dengan mana-mana organisasi lain, kedua-dua awam dan swasta, tempatan dan asing, yang mempunyai fungsi atau aktiviti yang serupa dengan fungsi dan aktiviti Institut termasuk organisasi yang melibatkan diri dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosiologi berkaitan keselamatan jalan raya; dan
  13. untuk bekerjasama dengan mana-mana orang, persatuan atau organisasi, kedua-dua tempatan dan asing, dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi Institut secara efektif.
Info       Pusat Kajian     Akta MIROS 2012 (Akta 748)     Ahli Lembaga Pengarah     Struktur Organisasi     Piagam Pelanggan     Peranan Pusat/Bahagian & Unit 
Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # #
#