Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
  

ARAHAN KEPADA PENULIS

 

Penyerahan Manuskrip

Bagi melancarkan proses penerbitan, penulis yang bercadang untuk menghantar manuskrip kepada IJRS adalah digalakkan untuk membaca dan mengikuti arahan yang diberikan.

Setiap manuskrip yang dikemukakan akan menjalani pemeriksaan editorial yang ketat sebelum manuskrip tersebut dihantar untuk proses pewasitan. Manuskrip juga akan diperiksa dari segi plagiarisme dan format. Manuskrip tidak akan diterima jika format tidak mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan oleh jurnal.

Semua bahan yang dikemukakan untuk penerbitan hendaklah dikemukakan secara eksklusif kepada IJRS melainkan dinyatakan sebaliknya. Kesemua manuskrip yang dikemukakan akan menjalani proses pewasitan secara dwibuta. Namun begitu, manuskrip yang dihantar untuk semakan kepada penulis tidak menjamin bahawa manuskrip tersebut akan diterima. Penulis diberikan kira-kira 2 minggu untuk mengembalikan manuskrip yang telah dikemaskini. Jika manuskrip yang dikemaskini itu tidak diterima dalam masa 3 bulan, Lembaga Editorial akan memutuskan untuk menolak dan tidak menerbitkan manuskrip tersebut.

Borang Perjanjian Pemindahan Hak Cipta hendaklah disertakan bersama manuskrip semasa tempoh penyerahan manuskrip.

Penyerahan manuskrip hendaklah dilakukan melalui e-mel kepada ijrs@miros.gov.my.

Kenyataan Hak Cipta

Adalah menjadi tanggungjawab penulis untuk memastikan bahawa manuskrip yang dihantar tidak melanggar hak cipta sedia ada. Penulis perlu mendapatkan surat kebenaran hak cipta daripada pemilik asal bahan yang digunakan dan menyertakan salinan surat tersebut bersama versi terakhir manuskrip yang diterima. Adalah menjadi tanggungjawab kepada penulis juga untuk melindungi identiti dan kerahsiaan responden atau mendapatkan surat kebenaran daripada responden sekiranya terdapat kompromi terhadap identiti dan kerahsiaan responden. Penulis bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat isu litigasi berkenaan manuskrip yang dikemukakan. Dengan menyerahkan manuskrip kepada pihak kami, ini bermakna penulis telah bersetuju dengan perjanjian hak cipta ini.

Dokumen sokongan boleh dimuat turun dari pautan di bawah:

Cari:  
No
Keterangan
Jenis
Tahun
Saiz
Tindakan
1
Arahan Terperinci Kepada Penulis
Tarikh Dimuatnaik: 28 Sep 2019
Saiz: 307.81 KB
2019
307.81 KB
2
Templat Manuskrip
Tarikh Dimuatnaik: 28 Sep 2019
Saiz: 174.02 KB
2019
174.02 KB
3
Panduan Gaya APA
Tarikh Dimuatnaik: 28 Sep 2019
Saiz: 1.10 MB
2019
1.10 MB
4
Borang Perjanjian Pemindahan Hak Cipta
Tarikh Dimuatnaik: 28 Sep 2019
Saiz: 26.05 KB
2019
26.05 KB
Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # #
#