Matomo Image Tracker
MIROS
Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
  

KESAN TIDUR DAN PEMANDUAN YANG SAMA DAN MEMBOSANKAN DI DALAM SIMULASI PEMANDUAN

Tidur adalah satu elemen penting dalam kehidupan manusia, namun ia sering tidak diberi perhatian sewajarnya. Pemandu muda yang tidak cukup tidur bukan sahaja membahayakan diri sendiri bahkan pengguna jalan raya yang lain.Satu kajian kerjasama antara MIROS dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah dilaksanakan bagi mengenal pasti corak pemanduan dalam keadaan yang  bosan  menggunakan simulator pemanduan. Kajian ini dijangka memberi manfaat kepada masyarakat dengan maklumat dan bukti yang objektif mengapa tindakan memandu dalam keadaan mengantuk boleh membahayakan nyawa mereka dan orang  lain. Ia juga boleh menjadi satu kaedah yang baik dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan tidur yang berkualiti.Seramai 22 pelajar secara sukarela telah mengambil bahagian dalam kajian ini, di mana mereka dikehendaki untuk menjalani sesi latihan dan diikuti 90 minit sesi pemanduan bagi tujuan pengumpulan data. Selain itu, kualiti tidur dan sejarah kemalangan mereka telah dianalisa.Hasil  awal menunjukkan bahawa pelajar terlebih nilai tahap kualiti tidur dan tahap mengantuk mereka. Sebahagian  daripada  peserta mempunyai pengalaman terlibat atau hampir terlibat dalam kemalangan akibat  mengantuk. Tindakan segera seperti kempen kesedaran mengenai kualiti tidur perlu diambil bagi mendidik pelajar-pelajar. Analisis lanjut mengenai corak pemanduan boleh menyokong tindakan yang lebih agresif seperti larangan terhadap pemanduan pada waktu- waktu tertentu di sebelah malam.
W3C Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # Accessibility Security Policy
#