Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
 

Penilaian Keberkesanan OPS Bersepadu Sempena Tahun Baru Cina 2012 Terhadap Pemakaian Tali Pinggang Keledar di Kawasan Terpilih di Malaysia

Kajian ini telah dijalankan bagi menilai keberkesanan OPS Bersepadu terhadap pematuhan pemakaian tali pinggang keledar di kawasan terpilih di Malaysia. Pemerhatian telah dijalankan semasa Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2012 sempena Ops Bersepadu yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan keselamatan jalan raya di seluruh negara dari 3hb Januari 2012 hingga 15 Februari 2012. Daripada hasil kajian, kadar keseluruhan pemakaian tali pinggang keledar untuk pemandu, penumpang depan dan penumpang belakang menunjukkan peningkatan semasa OPS berbanding sebelum dan kemudian ia menurun selepas OPS. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa Ops semasa memberi kesan positif pada kadar pemakaian tali pinggang keledar di kalangan pemandu, penumpang depan dan penumpang belakang. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian tali pinggang keledar tersebut tidak bertahan sehingga selepas Ops. Magnitud perubahan yang kecil menunjukkan bahawa terdapat keperluan bagi pihak penguatkuasaan supaya membuat penguatkuasaan yang lebih khusus dan berterusan. Oleh itu, ia adalah penting untuk sentiasa menghebahkan aktiviti penguatkuasaan bagi meningkatkan tahap persepsi untuk ditangkap di kalangan penghuni kereta. Pada masa yang sama, aktiviti penguatkuasaan yang berkaitan dengan tali pinggang keledar juga harus ditingkatkan supaya ia menjadi lebih ketara di lihat oleh orang ramai.
No module existed.