Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
 

KURSUS PENYELARAS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BAGI SEKTOR PEKERJAAN BERKAITAN JALAN RAYA (WRRS OSH-C)

Pengenalan

 
Nahas jalan raya melibatkan perjalanan pergi dan balik kerja, serta semasa bekerja adalah semakin membimbangkan. Statistik terkini daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menunjukkan bahawa nahas jalan raya melibatkan pekerja terus meningkat sehingga 45% pada tahun 2019 berbanding pada tahun 2012. Ini mengakibatkan kadar morbiditi dan mortaliti yang lebih tinggi di kalangan pekerja dan seterusnya memberi impak kepada kos pampasan.
Pekerja merupakan aset kepada sesebuah syarikat dan majikan perlu memainkan peranan penting bagi menjamin keselamatan pekerja semasa di dalam perjalanan. Justeru, selaras dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP) 2021-2025, Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Sektor Pekerjaan Berkaitan Jalan Raya (WRRS OSH-C) ini diperkenalkan bagi melahirkan individu terlatih yang diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk membantu majikan mempraktikkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), mempromosikan budaya KKP di tempat kerja seterusnya memastikan keselamatan pekerja dan orang awam yang berada di atas jalan raya sentiasa terjamin.
 

Video

 


 

 

 

 

 

Hubungi Kami

Untuk pendaftaran sila ikuti pautan http://tiny.cc/wrrsoshc_registration2023
 
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kursus WRRS OSH-C, sila hubungi urusetia:
 
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
Lot 125-135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor
Tel : 603-89249200
Email : wrrs_oshc@miros.gov.my / oshcwrrs.miros@gmail.com
 
Permohonan Data Statistik MYHRMIS MOBILE #

Privacy Policy

#
# # # # # # # #
#