Portal Rasmi

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Malaysian Institute of Road Safety Research
 

PELAWAAN MENJADI TENAGA PENGAJAR DEFENSIVE RIDING DAN PEMERIKSAAN MOTOSIKAL

Adalah dimaklumkan bahawa MIROS sedang menjalankan program berkaitan pencegahan kemalangan pergi-balik kerja. Program ini merupakan salah satu inisiatif MIROS dan PERKESO dalam mengurangkan kes kemalangan pergi-balik kerja. Program ini dijalankan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Antara modul program ini adalah pemeriksaan motosikal dan Defensive Riding. Sehubungan itu, individu yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon sebagai tenaga pengajar bagi program ini. Permohonan ini dibuka mulai 1 Jun 2019 hingga 19 Jun 2019.
Berikut adalah maklumat dan dokumen yang perlu dihantar semasa memohon.
  1. Nama penuh
  2. No KP
  3. No Telefon
  4. Alamat Emel
  5. Alamat Rumah
  6. Pekerjaan tetap
  7. Pekerjaan sambilan
  8. Nyatakan kelas lesen memandu yang dimiliki Sijil kelayakan jurulatih bagi modul yang berkaitan. (Contoh: Sijil TTT Defensive Riding NIOSH dan seumpamanya)
  9. Pengalaman sebagai tenaga pengajar bagi modul defensive riding dan pemeriksaan motosikal.
  10. Program berkaitan defensive riding dan pemeriksaan motosikal dan tarikh dijalankan (sebagai tenaga pengajar)

Berikut adalah link google form bagi tujuan calon untuk mengisi maklumat berkaitan:

https://forms.gle/eXdiXPLNqTwu8Fso8